28 March 2010

Tentera Israel Bina Sistem Maklumat PDRM

Malaysia kini berhadapan dengan risiko bahawa segala maklumat dan rahsia negara kini berada dalam risikan asing yang turut menyusup dalam pentadbiran Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin dalam laman web beliau.

Menurut Badrul, Bekas tentera Israel, Izhak David Naskar dipercayai bertanggungjawab membina sistem komunikasi yang bernilai RM42 juta untuk PDRM.

Izhak merupakan bekas tentera Zionis yang berkhidmat sebagai programmer Israel dan memegang pasport Israel bernomber 10902695. Beliau juga masih merupakan warganegera Israel.

"Paling membimbangkan ialah Izhak bukan sahaja merupakan tentera atau 'programmer' biasa, malah beliau adalah pakar sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel," jelas Badrul.

"Izhak juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987," dakwanya lagi.

Menurut Badrul Hisham, seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252 dan masih merupakan tentera Israel yang sah.

Menurut beliau lagi, keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telahpun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd.

"Syarikat itu milik penuh kepada syarikat tunggalnya, iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 bilion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta," kata Badrul.

Badrul Hisham ketika dihubungi Suara Keadilan berkata, kaitan hubungan Malaysia dengan pergerakan Zionis sudah lama didedahkan, termasuk pengendalian sistem pengurusan data untuk CIMB, yang diuruskan syarikat berpengkalan di Israel.

"Kita harus tahu tentang beza Yahudi, Israel dan Zionis. Zionis merupakan pergerakan ekstrimis dan rejim yang telah ditolak oleh masyarakat dunia dan membunuh jutaan umat Islam, khususnya di Palestin. Manakala syarikat-syarikat yang dilantik di Malaysia sama ada sebagai syarikat perunding atau pengurusan data ini pula merupakan pro-zionis.

"Ini membuktikan kerajaan Malaysia seolah-olah menyokong aspirasi Zionis itu, dengan membawa masuk syarikat berkenaan ke negara ini, tidak kisah sama ada syarikat itu berpengkalan di Amerika, Singapura atau di negara lain.

Menurutnya lagi, pembunuhan dan pencerobohan tentera Zionis ke atas rakyat Palestin bukan hanya merupakan isu masyarakat Islam, tetapi isu kemanusiaan sejagat.

"Setiap sen yang Malaysia bayar untuk melantik syarikat ini dikira untuk membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kita melihat sikap hipokrit kerajaan yang pada satu masa melabelkan negara ini sebagai negara Islam tetapi pada satu yang lain menyumbang ke arah pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Palestin," ujarnya. - SK

No comments:

Post a Comment