26 March 2010

Laporan polis terhadap Zahrain

Satu laporan polis dibuat terhadap ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim kerana didakwa menerima wang untuk keluar PKR.

Laporan tersebut - yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bayan Baru di balai polis Jalan Patani - menggesa polis menyiasat satu kenyataan baru-baru ini yang membayangkan Zahrain - ahli parlimen Bebas - telah dibayar untuk keluar PKR.

Laporan itu dibuat oleh ketua AMK Bayan Baru, Ahmad Azrial Tahir, yang ditemani ahli-ahli AMK - Syed Makael dan Marian Shafiee.

Ahmad Azrial membuat laporan itu berdasarkan kepada kenyataan ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh mendakwa tawaran kepada Zahrain tentunya besar kerana dia keluar parti. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment