KUALA LUMPUR 27 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menyokong dan memuji usaha akhbar Utusan Malaysia yang prihatin dengan gejala membuang bayi dengan menganjurkan kempen Kami Prihatin.
Sokongan itu diluahkan beliau ketika melihat ruangan Kami Prihatin pada muka depan akhbar tersebut hari ini yang memaparkan satu lagi laporan pembuangan bayi di Kampung Melayu Subang dekat sini semalam.
Musa yang merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan berkenaan.
"Ini satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan, perbuatan seperti ini macam perangai orang jahiliah yang membunuh anak mereka.
"Saya memuji dan sokong kempen Kami Prihatin, kita (polis dan Utusan Malaysia) perlu bersama-sama bergerak memberi nasihat kepada masyarakat tentang perbuatan keji itu," katanya pada sidang media Mesyuarat Agung MCPF ke-17 di Bukit Aman di sini hari ini.
Musa menambah, beliau juga menasihatkan masyarakat supaya tidak menghina mana-mana wanita yang mengandungkan anak luar nikah.
"Masyarakat jangan hina orang yang buat silap (mengandungkan anak luar nikah) tapi cuba selamatkan perempuan itu dengan nasihat.
"Ini kerana dengan nasihat tersebut kita dapat menyelamatkan individu terbabit daripada melakukan perbuatan keji di samping menyelamatkan bayi yang tidak berdosa itu," tegasnya.
Sementara itu, dalam Mesyuarat Agung MCPF ke-17 tersebut menyaksikan Datuk Christopher Wan Soo Kee dan Datuk Seri Dr. S.V Swaminathan dipilih sebagai exco baru.
- Utusan
* Maka wanita 'berdosa' (hamil luar nikah kerana zina) akan terus melakukan dosa itu kerana tahu mereka tidak akan diambil apa-apa tindakan. Syabas UmnoBN kerana berjaya menjaga agama Islam.
No comments:
Post a Comment