28 March 2010

Bekas guru ditahan kerana miliki daun ketum

KUCHING 28 Mac - Seorang bekas guru mencipta kes pertama memiliki daun ketum di Sarawak apabila lelaki berumur 48 tahun itu ditahan di Kampung Jawa, Jalan Semenggok, di sini malam tadi.

Turut dirampas daripada suspek yang berasal dari Kedah itu ialah 1,020 gram daun dan 268 gram batang pokok tumbuhan berkenaan.

"Polis percaya suspek mendapatkan bahan ini daripada rakannya semasa berada di Alor Setar Rabu lalu,” kata Ketua Jabatan Narkotik Sarawak, Supritenden Moses Agat yang mengesahkan bahawa kes tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di negeri ini.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diperolehi, satu kilogram daun ketum dijual antara RM35 hingga RM45 di Semenanjung yang boleh menghasilkan 100 plastik air daun ketum untuk diminum.

Harga sepaket berharga antara RM3 hingga RM4.

Moses berkata jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak melebihi empat tahun dan denda tidak melebihi RM10,000. - Bernama

No comments:

Post a Comment