MUADZAM SHAH: Jemaah surau ar-Raudah di Bandar Tun Razak di sini, yang kerap kehilangan barangan berharga termasuk telefon bimbit ketika bersolat, mencekup penjenayah terbabit dengan mengumpan sekotak rokok, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, dua remaja berusia 14 tahun diberkas ketika cuba mengambil sekotak rokok yang sengaja ditinggalkan dalam raga sebuah motosikal milik seorang jemaah di luar surau berkenaan. Berikutan tertangkapnya dua ‘penyangak cilik’ itu, ia secara tidak langsung membongkar kes kecurian lain di surau berkenaan yang berlaku sebelum ini sehingga membingungkan jemaah surau.
Malah, dua remaja terbabit turut mendedahkan dalang kegiatan jenayah di surau itu iaitu seorang lagi rakan sebaya yang dianggap sebagai ketua kerana lebih licik mencuri barang berharga. Mangsa, Suhaimi Mat Salim, 36, berkata dia baru saja kehilangan telefon bimbit ketika bersolat di surau itu baru-baru ini menyebabkan seorang rakannya mengumpan rokok yang diletakkan dalam raga motosikalnya bagi menangkap penjenayah terbabit. - Mymetro
No comments:
Post a Comment