06 February 2010

Darling didakwa menipu

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali sebagai Darling, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai cagaran berharta, tiga tahun lalu.

Darling, 27, yang ditangkap semalam sebelum dihadapkan ke mahkamah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Asmadi Hussin. Dia dituduh menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu 'Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd' bertarikh 16 Ogos 2007. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak di sini, pada 16 Ogos 2007.

Bagi pertuduhan itu, Darling dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama. Jika disabit kesalahan, pelakon jelita itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad, manakala pelakon terbabit diwakili peguam K Khailish. Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula kes berkenaan. - Mymetro

No comments:

Post a Comment