
Kiely membuka e-mel pada Selasa lalu yang mengandungi gambar Kerr tanpa menyedari seorang rakannya sedang diwawancara secara langsung mengenai ekonomi Australia.
Wawancara itu disaksikan oleh ratusan ribu orang tetapi Kiely kemudian membuka semula maklumat mengenai ekonomi pada skrin komputer dan memandang ke arah kamera sebelum wawancara tersebut berakhir.
Kejadian itu menjadi sensasi di laman perkongsian YouTube.
Keputusan untuk tidak memecat itu dibuat selepas Kerr membuat kenyataan bahawa Kiely tidak sepatutnya dipecat kerana melihat gambarnya.
"Saya diberitahu ada satu petisyen bagi menyelamatkan Kiely dan saya pasti akan menandatanganinya," kata Kerr. - Agensi
No comments:
Post a Comment