17 February 2010

Kerabat diraja Selangor dituduh pecah amanah RM1.15 juta

PETALING JAYA: Seorang kerabat diraja Selangor, Tengku Mohd Kamil Tengku Shahrudin Shah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah bernilai RM1.15 juta.

Tengku Mohd Kamil, 61, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap dana syarikatnya, Aneka Melor Sdn Bhd.

Beliau adalah salah seorang daripada dua pengarah dalam syarikat pembinaan itu.

Hakim Rozana Ayub menetapkan wang jaminan RM40,000 terhadap Tengku Mohd Kamil dan dibayar anaknya. - Bharian

No comments:

Post a Comment