PUTRAJAYA 18 Feb. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menganggap kejayaan pelaksanaan hukuman sebat syariah termasuk ke atas pesalah wanita dapat membuka mata semua pihak bagi menilai keadilan sistem perundangan Islam.
Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, pelaksanaan hukuman sebat mengikut kaedah syarak juga didapati lebih memberikan kesan mendalam selain keinsafan.
Justeru, katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula pelaksanaan hukuman sebat sivil yang 'kelihatan zalim, menyakitkan dan mencederakan' para pesalah meskipun ia hanya dikenakan ke atas golongan lelaki.
''Kejayaan hukuman sebat syariah sepatutnya dapat membuka mata semua pihak agar dapat mengkaji semula hukuman sebat sivil supaya ia lebih menepati kaedah syarak dan perikemanusiaan.
''Ini kerana pelaksanaan syariah Islam sebenarnya lebih menjurus kepada usaha 'takdib' atau mendidik masyarakat dan ia bersifat adil tidak kira sama ada pesalah wanita atau lelaki," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan
* Mana asal hukum sebat sampai koyak kulit punggung ni?
No comments:
Post a Comment