19 February 2010

Henti pertikai hukuman sebat

GENTING HIGHLANDS 18 Feb. - Semua pihak diminta berhenti mempertikai hukuman sebat mengikut kaedah syarak yang dikenakan terhadap wanita di negara ini kerana tindakan itu tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tiga wanita yang telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu memberi maklum balas yang hukuman itu tidak seberat seperti didakwa beberapa pihak sebelum ini.

''Wanita berkenaan begitu terharu kerana apa yang disebut sebelum ini adalah tidak tepat dan kata mereka kalau 100 rotan syariah pun, ia tidak sama dengan satu rotan sivil.

''Ini cakap-cakap orang yang telah menjalani hukuman dan walaupun ia tidak berat tetapi kesannya tetap sama dengan hukuman sivil iaitu dapat menimbulkan rasa keinsafan sehingga mereka memohon supaya rakan yang lain jangan mengulangi kesalahan sama,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan majlis pemukiman agensi-agensi di bawah tanggungjawab beliau di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurut Jamil Khir, wanita terbabit turut melahirkan kelegaan kerana hukuman mengikut kaedah syarak itu telah melepaskan diri mereka daripada dosa dan mengelak daripada perasaan bersalah dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Ditanya hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang tertangguh sehingga kini, Jamil Khir berkata, beliau menyerahkan kepada proses mahkamah untuk menentukan bila tarikh pelaksanaan hukuman itu. - Utusan

* Mengapa tidak diharamkan nama Islam pada pertubuhan SIS itu yang terang-terang menyeleweng dari Islam?

No comments:

Post a Comment