05 February 2010

Calitan kapas dari dubur Saiful dikemukakan

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.

Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Selain daripada wartawan, mahkamah hari ini juga penuh dengan perwakilan daripada kedutaan-kedutaan asing.

9.50am: Perbicaraan bermula.

9.57am: Bukti pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenialah calitan kapas yang diambil dari kawasan sekitar dubur tertuduh, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

10.07am: Bukti ditunjukkan kepada mahkamah. - Malaysiakini

* Budak itu tidak cuci duburkah selama dua hari? Bagaimana dia bersolat? Logiknya seorang yang telah dirogol seperti Saiful, dia akan bersihkan diri kerana merasa kotor...

No comments:

Post a Comment