24 February 2010

Axiata catat untung RM1.65b 2009, meningkat 232%

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Axiata Group Bhd. mengumumkan peningkatan 232 peratus dalam keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) kepada RM1.65 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember, 2009 berbanding RM498 juta pada 2008.

Pendapatan kumpulan naik 15 peratus kepada RM13.1 bilion didorong oleh peningkatan berterusan dalam prestasi kesemua syarikat operasinya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim berkata, peningkatan berterusan itu boleh dilihat pada keseluruhannya, terutama pada PT XL Axiata Tbk dan Axiata (Bangladesh) Ltd., yang kembali mencatatkan keuntungan berbanding kerugian 2008.

Kumpulan itu juga mencatat aliran tunai bebas yang positif buat kali pertama, meningkat 265 peratus kepada RM2.1 bilion, katanya semasa taklimat media mengenai prestasi kewangan kumpulan pada pada 2009 di sini hari ini.

Semasa ditanya jika ada sebarang pengumuman mengenai dividen, Jamaludin berkata kumpulan itu tidak bercadang untuk mengumumkan dividen kerana mahu dana itu diguna untuk pertumbuhan selanjutnya. – Bernama

No comments:

Post a Comment