17 February 2010

9 warga asing ditahan ISA diekstradisi secepat mungkin

PUTRAJAYA 17 Feb. – Sembilan warga asing yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dengan kegiatan keganasan akan diekstradisi ke negara asal secepat mungkin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan sedang menguruskan proses tersebut dengan negara terbabit bagi membolehkan tahanan tersebut dibawa pulang.

Beliau berkata, semua tahanan itu merupakan mereka yang telah disenaraikan oleh negara berkenaan sebagai mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas. – Utusan

* Jangan 'dijual' kepada US sudah...

No comments:

Post a Comment