MEKNES, Maghribi 20 Feb. – Menara sebuah masjid bersejarah yang runtuh menyebabkan kira-kira 40 orang terbunuh dan mencederakan 71 yang lain di bandar Meknes, tengah Maghribi, kata pegawai tempatan hari ini.
Antara yang cedera dalam runtuhan menara Masjid Bab Berdieyinne di bandar lama Meknes itu, 51 daripadanya sudahpun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan, demikian menurut pegawai pertahanan awam, Mohamed Ismael Alaoui.
Masjid kurun ke-18 berkenaan sesak dengan orang ramai yang menunaikan sembahyang Jumaat berjemaah ketika insiden berlaku. – Agensi
No comments:
Post a Comment