13 January 2010

Warga Britian bersalah lakukan penderaan dihukum penjara

TIRANA, Albania 13 Jan. - Mahkamah Albania hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua warga Britian setelah di dapati bersalah melakukan penderaan ke atas kanak-kanak di pusat asuhan.

Dino Christodoulou, 45, dihukum penjara selama 20 tahun dan Robin Arnold, 56, di penjara selama 15 tahun enam bulan, kata pegawai mahkamah Tirana.

Para pegawai berkata, Christodoulou didapati terlibat dalam enam kes penderaan seks di pusat asuhan kanak-kanak sementara Arnold hanya terlibat dalam satu kesalahan sahaja.

Bekas penghuni pusat asuhan tersebut memberi kenyataan kesaksian di mahkamah bahawa mereka telah di pukul, di paksa tidur bertelanjang di tempat tidur dan melakukan hubungan sek dengan tertuduh.

Para pegawai berkata, perkhidmatan kedua-dua tertuduh akan diberhentikan setelah mereka menjalani hukuman panjang.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun menafikan semua pertuduhan dan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut. - AP

No comments:

Post a Comment