![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwWCZvsYehLyYASaerHbYes4AV3C8TtHBUsUm3YtB-mjrIZrN6CHEiqTbhh0EZ663EFok-QoxA990H2WgmF3JfYfajZCeiAiZDyzfwjGUD9PjB-Bnadl1WBLuvGpIgFXkbKvDzpuode6LH/s200/Untitled.jpg)
Dalam kemalangan kira-kira jam 4.30 pagi, Shaik Faizal Shaik Ibrahim, 43, dari flet Sungai Pinang, Jelutong, dikatakan melambung hingga mengakibatkan cermin depan bas itu pecah, manakala motosikalnya diseret kereta berkenaan sejauh 80 meter.
Ketua Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Wari a/k Kiew, berkata mangsa yang memberhentikan motosikalnya berhampiran bas yang diletakkan di tepi jalan itu untuk ke sebuah restoran nasi kandar secara tiba-tiba dirempuh kereta berkenaan.
Beliau berkata, Shaik Faizal cedera parah di beberapa anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu bas berusia 40-an yang baru menghidupkan enjin kenderaan selepas makan di restoran berdekatan pula cedera ringan akibat terkena serpihan kaca dan nyaris dihempap mangsa.
Wari berkata, pemandu kereta berusia 24 tahun itu juga cedera ringan dan polis akan melakukan ujian air kencing ke atasnya bagi membantu siasatan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1tyJdOpYWeRCmjJ4SrCXf530MD1mo_RavexNncOMHnREKC3ua2G7IZ7e2xKCryOgSKApO6dSccqB8YQCNUUlNiHG13YjD21KXBIPWu2G7rKq7U5IoytrS9f5kqkL_Lr-62tKLMjEDjDvl/s400/Untitled.jpg)
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu, diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 untuk membantu siasatan.- Bharian
* Menteri berkaitan sepatutnya mengadakan plan, membantu mangsa (rakyat) teraniya seperti ini. Bukan memikir bagaimana hendak merampas duit rakyat.
No comments:
Post a Comment