TEHRAN 2 Jan. - Seramai 11 anggota polis telah dibunuh oleh pengedar dadah di timur Iran, menurut polis tempatan yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita IRNA hari ini.
Kekecohan tercetus semalam di kawasan padang pasir di timur Iran, yang menyembunyikan laluan perdagangan haram dadah terbesar daripada negara jiran di Afghanistan dan Pakistan.
“Dalam pertempuran antara polis dan pengedar-pengedar dadah itu yang bermula daripada selatan ke utara, tujuh anggota polis telah terbunuh manakala empat yang lain cedera parah sebelum meninggal dunia kemudiannya akibat kecederaan yang serius,” menurut Kolonel Kazem Hashemabadi.
Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 40 peratus daripada 7,700 tan dadah yang dihasilkan di Afghanistan pada tahun 2008 yang memasuki Iran, turut mengancam penyalahgunaan dadah yang serius terhadap golongan belia di negara itu yang mencecah jumlah 70 juta.
Sejak beberapa dekat, Iran telah `berperang’ dengan pengedar-pengedar dadah dan kehilangan hampir 3,700 anggota keselamatan. - AFP
No comments:
Post a Comment