14 January 2010

Nik Sapeia dipenjara enam bulan

KOTA BHARU 14 Jan. – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff kerana menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan berbahaya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tiga individu lain.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 11 pagi, 28 Julai 2006.

Selain Dr. Mahathir, Nik Sapeia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Datuk Ibrahim Ali, 58, Mohd. Nasir Muda, 48 dan Suberi Sahidan, 50. - Utusan

No comments:

Post a Comment