BANGSA-BANGSA BERSATU 14 Jan. - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata 15 petugas pertubuhan itu disahkan terbunuh lewat semalam dalam kejadian gempa bumi yang melumpuhkan ibu negara Haiti dengan 100 hingga 150 orang lagi masih hilang, termasuk ketua misi dan timbalannya.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengumumkan bahawa 11 petugas pengaman dari Brazil dan lima pegawai polis antarabangsa - tiga dari Jordan dan masing-masing satu dari Chad dan Argentina - terbunuh dalam gempa bumi dahsyat itu.
Para pegawai PBB berkata 56 orang lain tercedera. Tujuh mengalami kecederaan didapati serius ketika kerja-kerja penyelamat dilakukan, katanya.
"Masih ramai yang terperangkap di bawah ibu pejabat PBB dan lain-lain bangunan," kata Ban, manakala nasib ketua misi PBB, Hedi Annabi dan timbalannya, Luis Carlos da Costa belum diketahui.
"Lain-lain petugas pengaman dan kakitangan awam dari negara-negara ahli masih dapat dipastikan."
Ketua pengaman PBB Alain Le Roy berkata, sekurang-kurangnya 10 orang berjaya diselamatkan semalam yang kebanyakannya berada di tingkat bawah dari lima tingkat bangunan ibu pejabat untuk misi pengaman PBB yang runtuh akibat gempa bumi 7 pada Skala Rihcter yang berlaku kelmarin. - AP
No comments:
Post a Comment