08 January 2010

Kerajaan Melaka minat beli Eye On Malaysia?

MELAKA 7 Jan. – Kerajaan negeri Melaka kesal dengan tindakan MST Ad Suria Sdn. Bhd. yang gagal menjelaskan hutang kepada Syarikat Fitraco NV sehingga menyebabkan buaian roda gergasi, Eye On Malaysia terpaksa menutup operasinya, bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sikap sambil lewa syarikat tersebut telah menjejaskan operasi Eye On Malaysia yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri ini.

Mahkamah Tinggi Melaka pada 26 November lalu memerintahkan operasi Eye On Malaysia dihentikan setelah MST Ad Suria didapati gagal membayar tunggakan hutang sebanyak RM17 juta kepada syarikat dari Belgium tersebut.

Sehubungan itu Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri akan menilai semula kerjasama dengan MST Ad Suria sejak buaian gergasi itu beroperasi pada 7 November 2008 lalu.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah melabur menerusi anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad sebanyak RM8 juta bagi membawa Eye On Malaysia dari Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur ke Kota Laksamana 2.

“Eye On Malaysia bukan milik sepenuhnya kerajaan negeri, sebaliknya kita sekadar melabur dengan ekuiti 40 peratus iaitu RM3 juta dalam bentuk tunai dan harga tanah bernilai RM5 juta.

“Apabila syarikat dari Belgium mendapat perintah mahkamah mengarahkan operasi Eye On Malaysia ditutup, kita rugi daripada segi kedatangan pelancong untuk menaiki buaian gergasi itu,” katanya ketika diminta mengulas isu buaian gergasi tersebut. - Utusan

* Sudah dijangka dari awal rugi.

No comments:

Post a Comment