KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.
Menurutnya, kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankan dan tidak mahal.
“Bagi tujuan itu kementerian akan membuat perbandingan harga yang digunakan di Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.
“Ini untuk memastikan kadar harga yang dikenakan adalah tidak membebankan," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri, di sini,”katanya. - Bernama
* Masalah besar bukan harga tetapi kelajuan.
No comments:
Post a Comment