IPOH: “Saya mahu sujud di depan Kaabah untuk mendapat kekuatan jiwa selepas perpisahan secara rasmi nanti.
Ibu dua anak yang sedang menunggu hukuman sebat kerana didapati bersalah meminum arak itu melahirkan hasrat ke Makkah bagi mengerjakan umrah selepas urusan perceraian dengan suaminya Mohamad Afandi Amir, 38, selesai bulan ini.
Kartika berkata, beliau bimbang kerana selepas perceraian, hak penjagaan dua anaknya, Mohamad Azfar, 8, dan Wann Kaitlynn Saridewi, 6, mungkin akan diserahkan kepada Mohamad Afandi kerana beliau belum mempunyai pekerjaan tetap.
Beliau berkata, dia ingin mencari ketenangan hati di Tanah Suci selepas kehidupannya menjadi semakin rumit dengan penangguhan hukuman sebat sejak lebih lima bulan lalu.
Katanya, dia juga mahu mencari petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t untuk menghadapi cabaran selepas berpisah dengan suaminya, Mohamad Afandi yang bertugas sebagai jurutera rangkaian komputer di Singapura.
Kartika sebelum ini berkata, beliau akan memfailkan perceraian secara rasmi di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar minggu ini atau minggu depan, bergantung kepada tarikh kepulangan Mohamad Afandi dari Singapura.
Beliau berkata, suaminya melafazkan cerai di rumahnya di Singapura pada Mei lalu sebelum melaporkan lafaz berkenaan di Mahkamah Syariah Bishan, Singapura, sehari kemudian.
Kartika berkata, beliau tinggal di rumah keluarganya di Kampung Jawang Utara, Sungai Siput, sejak Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan kepadanya pada 20 Julai lalu.
Untuk mengurangkan tekanan perasaan, katanya, beliau membantu kumpulan anak yatim di Pusat Pengajian Al-Barakah di sini secara sukarela dan mendalami ilmu agama di pusat pengajian itu.
Sementara itu, bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, 61, berkata dia bersetuju membiayai kos mengerjakan umrah untuk Kartika bagi membolehkan anak keempatnya itu mengalami sendiri suasana di Tanah Suci.
Katanya, peluang beribadat di depan Kaabah diharap akan mengurangkan tekanan emosi Kartika Seri akibat masalah rumah tangga dan hukuman sebat yang masih tertangguh.
“Kalau ada kumpulan dakwah atau pelajar Pusat Pengajian Al-Barakah yang ingin turut serta ke Makkah, kami mengalu-alukan mereka,” katanya.
Jumaat lalu, Kartika melahirkan hasrat untuk memohon perkenan menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk mendapat pandangan baginda mengenai penangguhan hukuman sebat ke atasnya.
Beliau ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008 ketika meminum arak bersama rakan-rakan bukan Islam.
Kartika Seri sudah menjelaskan denda RM5,000 tetapi hukuman sebat masih tertangguh. - Mymetro
* Mereka akan cari jalan supaya kamu tidak disebat kerana hukuman itu seolah-olah hukuman Islam. Mereka ini sekular.
No comments:
Post a Comment