15 January 2010

AS sumbang RM333j kepada mangsa gempa di Haiti

WASHINGTON 15 Jan. – Presiden, Barack Obama menyatakan kesediaan menyumbangkan AS$100 juta (RM333 juta) kepada mangsa gempa bumi Haiti semalam dan mendapat sokongan daripada dua bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan bantuan serta berjanji kepada penduduk Haiti: “Kamu tidak akan diabaikan.”

Obama yang berhadapan dengan ujian terbesarnya dalam bantuan antarabangsa sejak menjadi Presiden tahun lalu, berjanji memberi sumbangan awal AS itu.

Beliau juga berkata, beliau telah mengarahkan pentadbirannya melancarkan ‘usaha menyelamat dengan segera, terancang dan agresif’ untuk menyelamatkan nyawa serta membantu operasi pencarian di Haiti.

White House lewat semalam turut mengumumkan bahawa ketua Kakitangan Keselamatan Antarabangsa, Denis McDonough akan berlepas ke Haiti bersama pegawai hal ehwal awam dari Pentagon untuk membantu menyelaraskan usaha komunikasi.

Obama mendapat sokongan daripada bekas Presiden Bill Clinton, dari Demokrat yang kini merupakan wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Haiti dan bekas Presiden George W. Bush dari Republikan. – Reuters

No comments:

Post a Comment