25 December 2009

Wanita, teman lelaki ditahan

KES penemuan mayat kanak-kanak perempuan dipercayai mangsa seksual yang didedahkan oleh Utusan Malaysia kelmarin dijangka selesai dengan penahanan seorang wanita dan teman lelakinya, kedua-duanya berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

Wanita itu ditahan selepas membuat laporan kehilangan anaknya kira-kira pukul 8 malam kelmarin di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Polis bagaimanapun tetap menjalankan ujian DNA untuk pengesahan.

Teman lelakinya, seorang buruh berumur 34 tahun yang turut dipanggil, ditahan di Balai Polis Sentul pukul 4 petang semalam.

Wanita itu mengaku mangsa adalah anaknya setelah melakukan pengecaman mayat di hospital.

Polis meminta orang ramai tidak mengaitkan penemuan mayat mangsa dengan kes kanak-kanak lain sebelum ini.

Keterangan ibu tunggal itu mempunyai persamaan dengan penemuan mayat mangsa (kanak-kanak) pada 22 Disember lalu. Wanita tersebut juga membawa sekeping gambar anak perempuannya bagi pengecaman mayat. - Utusan

No comments:

Post a Comment