06 December 2009

Wanita lemas ketika sedang mandi

IPOH 6 Dis. — Seorang wanita berusia 20 tahun mati lemas semasa mandi di kawasan perkelahan Lata Kekabu, Lenggong, kira-kira 150 km dari sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Mahad Nor Abdullah berkata Naseha Mohd Zubir yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, ditemui di dasar sungai itu pada pukul 12.40 tengah hari tadi oleh pasukan penyelamat.

Beliau berkata Naseha yang baru sampai dari Sabah tiga hari lalu untuk menziarah kakaknya yang tinggal di Kota Seguru, Lenggong, pergi berkelah di kawasan berkenaan bersama kakaknya pada kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau yang dihubungi di sini hari ini berkata Naseha kemudiannya disedari hilang oleh kakaknya.

Menurutnya polis yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.50 pagi kemudiannya menjalankan operasi mencari dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan menemui mayat Naseha hampir sejam kemudian.

Mahad berkata mayat Naseha dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

— BERNAMA

No comments:

Post a Comment