06 December 2009

Siasatan SPRM tidak terjejas

PEKAN, 6 Dis (Bernama) — Penamatan lebih awal kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak akan menjejaskan siasatan kes-kes SPRM sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini kerana pengganti Ahmad Said, Datuk Abu Kassim Mohamed sebelum ini pun banyak mengendalikan kertas-kertas siasatan SPRM.

"Tidak kes yang akan terjejas, selama hari ini pun banyak kerja-kerja dikendalikan Abu Kassim,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-79 pada 24 Oktober lepas di Istana Abu Bakar di sini.

Beliau berkata Ahmad Said menemuinya dua bulan lepas untuk menyatakan hasrat memendekkan kontrak perkhidmatannya bagi memberi laluan kepada Abu Kassim meneruskan tugas berkenaan.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment