BACHOK 4 Dis. — Penyaluran wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui agensi kerajaan pusat pada tahun depan bertujuan memastikan ia benar-benar mencapai sasaran membantu rakyat yang memerlukan bantuan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang banyak membantu golongan miskin dan mereka yang menghadapi bencana alam seperti banjir.
“Kerajaan negeri tidak perlu risau mengenainya kerana kerajaan pusat akan memastikan mereka yang layak akan memperolehinya tanpa mengira fahaman politik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini hari ini. - Bernama
* UMNO akan gunakan wang ehsan untuk manawan Kelantan seperti mereka lakukan di Terengganu.
No comments:
Post a Comment