SEREMBAN 22 Dis. — Tujuh lelaki disyaki pengedar pil khayal berjaya ditangkap polis dalam Operasi Tapis Khas, semalam dan hari ini melibatkan rampasan dadah bernilai RM84,156 di sekitar bandar Seremban dan Port Dickson.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Supt. R. Ravichandran, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 11.45 malam tadi di sebuah rumah dekat Vision Homes, Seremban 2 melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun.
"Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan memiliki 637 pil Eramin 5, ketamin seberat 10 gram dan kanabis 2.9 gram, kesemuanya bernilai RM21,245.
Polis turut merampas wang tunai RM4,097,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontingen Seremban hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment