22 December 2009

Awas laman web e-perbankan palsu

KUALA LUMPUR 22 Dis. — Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan ”phishing” atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan.

Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia hari ini berikutan pendedahan bahawa aktiviti cubaan ”phishing” semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan ”phishing” merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

"Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung laman web ”phishing” yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol. Husin Jazri. - Bernama

No comments:

Post a Comment