17 December 2009

Seorang pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan

BUKIT KAYU HITAM 16 Dis. — Seorang pengusaha stesyen minyak di sini menjadi peniaga pertama dikenakan tindakan pada hari pertama larangan menjual minyak tidak lebih 20 liter kepada kenderaan asing dalam kawasan 50 kilometer dari sempadan yang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Kedah (KPDNKK), Suhaimi Mat Sari berkata, peniaga itu didapati kehabisan minyak yang melanggar syarat lesen dan selaras Peraturan 12 (A) Akta Kawalan Bekalan 1974.

"Seorang lagi peruncit di sini diberi amaran kerana membeli diesel melebihi 20 liter tanpa surat kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan dan pemeriksaan di Kompleks Imigresen dan Kastam Bukit Kayu Hitam, hari ini. - Bernama

* Orang Singapura gelak baca.

No comments:

Post a Comment