KUALA LUMPUR 16 Dis. — Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin hari ini menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette."Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen di sini.
Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang Anggota Parlimen dari Sabah baru-baru ini. - Bernama
* Bunyi macam merajuk pinangan kena tolak saja.
No comments:
Post a Comment