26 December 2009

Sani Express sedia pampasan untuk keluarga mangsa nahas

KUALA LUMPUR 26 Dis. — Sani Express Sdn. Bhd. sedia memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, awal pagi tadi, bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Abu Bakar Mohammad ketika dihubungi berkata, sebagai tindakan segera, Sani Express akan menyediakan peruntukan khas buat setiap keluarga mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga mereka yang terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan tidak lama lagi.

Katanya, bas dua tingkat milik syarikat itu yang membawa 48 penumpang berada dalam keadaan baik sebelum ia memulakan perjalanan dari Klang, Selangor pada pukul 9 malam tadi menuju ke Kuala Perlis, Perlis.

"Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannya pada 97 km/j dengan menggunakan alat khas yang dinamakan ”Speed Limiter”,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment