IPOH 26 Dis. - Pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal hari ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera, mengaku 'terlelap' sebelum kejadian.
Ketua Trafik Ipoh, Deputi Supritenden Mohd. Rodzi Rejab berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.
"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd. Rodzi berkata, bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu. - Bernama
* Salah besar tu. Sudah mengantuk bawa juga bas. Itu namanya cari nahas.
No comments:
Post a Comment