25 December 2009

Penyampai Radio Sarawak FM Meninggal Dunia

KUCHING: Penyampai radio Sarawak FM Khalid Abdul Rahman, 51, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang di Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi ini.

Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri, Salhah Basri dan lima cahaya mata telah berkhidmat selama 24 tahun dalam bidang penyiaran bermula di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman dan kemudiannya di RTM Kuching.

Semasa hayatnya, Allahyarham juga aktif dalam bidang seni pementasan teater. Antara yang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham di kediamannya di Taman Indah Bandar Baru Semariang ialah Pengurus Sarawak FM, Hashim Lazim serta pegawai dan warga RTM Kuching.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang selepas solat Jumaat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment