KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan kejadian yang berlaku di pasar raya KB Mall di sini, kelmarin, sesuatu yang tidak dijangka dan di luar dugaan.
“Payah kita nak fikir, ini kuasa Allah, dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh dan jatuh.
“Ini di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri,” katanya ketika melawat tempat kejadian.
Beliau bersama beberapa Exco kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan meluangkan masa kira-kira setengah jam di pasar raya berkenaan.
Takiyuddin berkata, mereka akan mengadakan mesyuarat membabitkan jabatan berkaitan bagi mendapatkan gambaran jelas kejadian itu. - Mymetro
No comments:
Post a Comment