15 December 2009

Manohara minta suami kemuka bukti

JAKARTA - Bekas model, Manohara Odelio Pinot meminta suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry supaya tidak bercakap tetapi mengemukakan bukti kukuh sekiranya benar dia berhutang dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Manohara, 18, menegaskan bahawa dia tidak akan menuruti keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan yang mahunya kembali ke pangkuan suaminya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.

"Saya cuma manusia biasa. Saya berhak untuk berasa aman dan bebas daripada ketakutan.

"Perasaan itu tidak saya dapat dirasai sepanjang saya berada di Kelantan.

"Justeru, kenapakah saya harus pulang," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar Fajar di Jakarta.

Menurut Manohara, beliau hanya akan berdiam diri mengenainya dan tidak akan memfailkan sebarang tindakan susulan kerana bertekad tidak mahu kembali menjejakkan kaki ke Malaysia.

"Lebih baik saya diamkan saja. Walau apa pun keputusan mahkamah di Malaysia, ia tidak akan menjejaskan kedudukan saya di Indonesia.

"Kalau mahu menuntut saya pulang, mereka (Fakhry) yang harus datang ke sini," jelasnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment