26 December 2009

Guan Eng disiasat

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan baru-baru ini, kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengar dakwaan Setiausaha Agung DAP itu.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kita juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengarnya.

“Kita akan memanggil Yang Berhormat (Guan Eng) pada minggu depan untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan berbau hasutan mengenai kematian Beng Hock pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Akibat kenyataan tersebut, Khalid menasihatkan Guan Eng supaya tidak bercakap dengan sesuka hati tentang kes berkenaan yang masih dalam inkues. - Utusan

* Kena pembangkang laju saja...

No comments:

Post a Comment