KUALA LUMPUR 25 Dis. - Gara-gara terkejut dengan serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini awal pagi ini, seorang pelakon yang juga pengacara program tari televisyen gagal mengeluarkan air kencingnya untuk ujian saringan dadah.
Akibatnya artis berusia 28 tahun itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama 21 pengunjung pusat hiburan terbabit yang didapati positif ujian saringan air kencing.
Artis itu bagaimanapun dibebaskan kira-kira pukul 1 petang ini selepas ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.
Selain artis tersebut, turut menjalani ujian air kencing sempena operasi malam perayaan Hari Krismas kira-kira pukul 3.15 pagi itu ialah seorang pelakon lelaki berusia lewat 40-an dan dua lagi pelakon wanita dan juga pengacara televisyen.
Salah seorang daripada mereka juga merupakan pengacara program tari yang sama.
Ketiga-tiga artis terbabit dibebaskan pada masa itu setelah ujian air kencing mereka negatif dadah.
Kesemua mereka ditahan di ruang atas pusat beli-belah terbabit yang dipercayai beroperasi secara lebih masa sejak beberapa bulan lalu.
Serbuan tersebut dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus berkata, dalam operasi di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail itu, seramai 361 pengunjung termasuk 113 wanita telah diuji air kencing mereka.
"Daripada jumlah tersebut, 21 orang ditahan kerana positif dadah, dua individu bertindak kasar serta memaki hamun anggota bertugas manakala dua lagi tidak memiliki kad pengenalan yang sah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, mereka didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1) 9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. - Utusan
* Dicadangkan pada masa akan datang, bawa pegawai agama tahan pula yang positif arak.
No comments:
Post a Comment