05 December 2009

3 sekeluarga ditembak mati

YALA 4 Dis. - Kumpulan pemberontak menembak mati tiga sekeluarga di selatan Thailand sementara serangan bom mencederakan dua yang lain di wilayah bergolak itu, kata polis hari ini.

Kumpulan lelaki bersenjata menggunakan trak pikap merempuh masuk sebuah rumah di Pattani malam tadi dan menembak mati mangsa yang ketika itu sedang makan malam.

Mangsa adalah pasangan suami isteri berusia 46 dan 47 tahun serta anak lelaki mereka yang berumur 17 tahun.

Dalam kejadian berasingan, sebuah bom motosikal meletup di tengah pasar Pattani pagi ini, menyebabkan dua orang cedera.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melawat kawasan bergolak ini apabila melawat Thailand minggu depan, sambil ditemani oleh rakan sejawatan, Abhisit Vejjajiva. - AFP

No comments:

Post a Comment