LONDON 11 Nov. - Seorang wanita semalam gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan larangan yang dikenakan ke atasnya disebabkan adegan asmara yang bising bersama suaminya, selepas mahkamah mendengar sendiri bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan daripada rakaman yang diperdengarkan, sehingga menyebabkan jiran-jiran terjaga kerana menganggap ada orang sedang dibunuh.
'Lolongan' oleh Caroline dan Steve Cartwright ketika berasmara adalah 'bukan semula jadi', 'seperti terkena histeria', dan 'seolah-olah berada dalam kesakitan', demikian menurut Mahkamah Diraja Newcastle, timur laut England.
Rakaman selama 10 minit ketika mereka sedang berasmara didengar di mahkamah, malah bunyi ghairah wanita itu menekup mukanya dengan bantal turut kedengaran.
Jiran-jiran di rumah pasangan itu di Washington, selatan Newcastle, membuat aduan mengenainya, begitu juga dengan pejalan kaki dan posmen.
Pasangan itu diharamkan daripada 'menjerit, memekik atau sebarang suara pada aras yang mengganggu ketenteraman awam', namun Caroline, 48, memfailkan rayuan di bawah undang-undang hak asasi manusia.
Bagaimanapun, Hakim Jeremy Freedman memutuskan untuk mengekalkan perintah asal dan mengarahkan pengharaman itu untuk terus berkuatkuasa. - AFP
No comments:
Post a Comment