23 November 2009

Najib tiba di New York untuk lawatan kerja

NEW YORK 23 Nov.— Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan lawatan kerja ke New York bertujuan meningkatkan hubungan dagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Malaysia itu dan isteri, Datin Rosmah Mansor yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark pada Ahad petang disambut oleh Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Ketibaan mereka di hotel penginapan disambut oleh kakitangan Kedutaan dan Konsul Jeneral Malaysia serta sekumpulan ahli perniagaan Malaysia.

Acara pertama Najib semasa lawatan ke sini ialah makan malam persendirian dengan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon yang dihoskan Wakil Tetap Malaysia ke badan dunia itu, Datuk Hamidon Ali.

Perdana Menteri juga dijadual menghadiri perjumpaan dengan para pelabur dan ahli kewangan AS serta menemui tokoh-tokoh korporat utama Malaysia dan luar negara.

Najib akan berada di New York sehingga Selasa. - Bernama

No comments:

Post a Comment