07 November 2009

Anggota sindiket curi kereta parah ditembak

KUANTAN 6 Nov. - Seorang lelaki dipercayai anggota sindiket curi kereta parah ditembak polis dalam `drama' tembak menembak di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, polis yang menaiki kereta peronda terpaksa mengejar sejauh kira-kira 10 kilometer sebelum berjaya menahan suspek yang menaiki kereta Proton Perdana, dalam keadaan cedera parah ditembak di Kampung Budaya, Cherating dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, sebelum kejadian, polis yang menjalankan rondaan ternampak sebuah kereta Proton Putra bercermin gelap berhenti berdekatan sebuah stesen minyak di laluan itu dalam keadaan mencurigakan.

Belum sempat anggota polis keluar untuk membuat pemeriksaan, kata beliau, kereta Proton Putra terbabit tiba-tiba memecut laju. - Utusan

No comments:

Post a Comment