25 November 2009

367 kereta mewah tanpa AP bernilai RM55.1j dirampas tahun ini

PELABUHAN KLANG 25 Nov. — Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor merampas 367 buah kereta mewah pelbagai jenis bernilai RM55.1 juta termasuk cukai, atas kesalahan tidak memiliki permit import (AP) yang sah sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar berkata, kereta mewah itu kebanyakannya dibawa masuk ke negara ini dari Jepun dan United Kingdom. "Bulan ini sahaja sebanyak 50 buah kereta telah dirampas KDRM Selangor dan sepanjang tahun ini juga sebanyak 150 buah kereta mewah telah dilepaskan KDRM Selangor selepas pengimportnya memperolehi AP.

"Kebiasaannya kita akan beri notis sebulan untuk pengimport kemukakan AP dan kalau gagal berbuat demikian kita akan lucut hak mereka ke atas kereta terbabit sebelum kereta-kereta itu dilelong,” katanya kepada pemberita di Wisma Kastam Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment