14 October 2009

Wartawan Iraq, Muntazer tiba di Switzerland

GENEVA 13 Okt. - Wartawan Iraq yang pernah dipenjara selama sembilan bulan kerana tindakannya membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, tiba di Geneva hari ini di mana beliau berhasrat menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu mangsa-mangsa peperangan.

Stesen televisyen Switzerland menyiarkan Muntazer al-Zaidi, yang berang ketika satu sidang akhbar di Baghdad Disember lalu, tiba di lapangan terbang Cointrin di Geneva dari Beirut.

Beliau telah dijemput oleh abangnya, Maythen dan peguam Geneva, Mauro Poggia yang memberitahu stesen televisyen tersebut bahawa Muntazer telah menggugurkan permohonannya untuk mendapatkan perlindungan di Switzerland bagi memperoleh visa pelancong untuk tempoh 90 hari.

Visa kemasukan berganda tersebut akan membolehkan beliau berada di antara kawasan sempadan Schengen di Eropah yang merangkumi semua negara Kesatuan Eropah (EU) selain Britain, Ireland, Switzerland, Norway dan Iceland. - Reuters

No comments:

Post a Comment