27 October 2009

Tragedi 1Malaysia

Berita yang baru kami terima, 5 orang mati. Lima mayat telah dijumpai oleh pasukan penyelamat.

Namun kami masih lagi cuba untuk mengesahkan berita ini.

Seramai kira-kira 20 pelajar sekolah rendah dari Daerah Kinta Selatan yang sedang menghadiri Kem Satu Malaysia hanyut apabila jambatan yang mereka naiki runtuh malam tadi.

Perkhemahan Satu Malaysia Daerah Kinta Selatan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Kinta Selatan di Kuala Dipang.

Tragedi itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk jamuan supper.

Jambatan gantung yang baru sahaja siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai.

Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam twitternya menyatakan bahawa ini adalah tragedi satu Malaysia. Beliau mempertikaikan penggunaan duit rakyat kepada program-program seperti ini sehingga menyebabkan pelbagai prasana rosak.

“Tragedi 1 Malaysia jamb. runtuh. Takziah kpd keluarga. Ini akibat drpd duit rakyat ditiriskan. Stadium runtuh, jamb usia 7hr runtuh,lps ni?” tulisnya pada lebih kurang 11:48 tadi.

Setakat pukul 12 tgh, polis baru sahkan 1 terbunuh manakala 2 lagi hilang. Team PerakEx sedang berusaha untuk mendapat berita yang benar-benar sahih.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan kenapa program seperti itu dijalankan pada masa bukan cuti sekolah.

“Tidakkah program tersebut diadakan dimusim persekolahan dan disatu tempat yang mendedahkan peserta kepada bahaya kerana tempat tersebut terkenal sebagai aktiviti lasak, sedangkan mereka adalah pelajar sekolah rendah yang masih lemah fiskalnya. ” tulisnya dalam kenyataan yang telah diforwardkan kepada para wartawan. www.perakexpress.com

No comments:

Post a Comment