27 October 2009

Penderaan seksual kaum Penan memang berlaku - Shahrizat

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengakui wujud penderaan seksual di kalangan kanak-kanak perempuan dan wanita Penan di Sarawak.

Beliau berkata, pengakuan itu adalah berasaskan rumusan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan yang ditubuh oleh kementerian pada 8 Oktober lalu.

``Jawatankuasa ini merumuskan bahawa penderaan seksual oleh orang luar yang berurusan dengan kaum Penan termasuk pekerja syarikat pembalakan dan peniaga memang berlaku,'' katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat di sini. - Utusan

No comments:

Post a Comment