13 October 2009

Syria keluarkan larangan merokok di kawasan awam

DAMSYIK 13 Okt. – Presiden Syria semalam mengeluarkan perintah larangan merokok di kawasan awam, seperti yang telah dilakukan di beberapa negara Arab lain.

Presiden Bashar Assad berkata, merokok kini diharamkan di restoran, kafe, institusi pendidikan, acara rasmi dan di dalam pengangkutan awam.

Larangan itu termasuklah bayaran denda sebanyak 2,000 pound Syria (RM153) kepada mereka yang didapati melanggar peraturan tersebut.

Mesir, Lebanon dan Iraq turut telah melaksanakan larangan tersebut. – AP

No comments:

Post a Comment