13 October 2009

Polis perhebat buru dua lagi suspek samun bank

KUALA LUMPUR 13 Okt. — Gerakan besar-besaran memburu baki dua daripada empat suspek yang dipercayai terlibat dalam tiga kes samun sebuah bank baru-baru ini sedang giat dijalankan di seluruh negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, polis percaya kedua-dua suspek itu masih lagi berada di dalam negara ini selepas melarikan diri dalam satu kejadian berbalas tembakan yang turut mengorbankan dua lagi rakan penjenayah mereka petang semalam. - Bernama

No comments:

Post a Comment