24 October 2009

Suspek disyaki rogol, jolok kemaluan Aaliyah dengan jari: Polis

KAJANG: Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes dera Aaliyah Aiman, 3, bertindak kejam dengan memasukkan jari atau benda keras ke dalam kemaluan dan dubur mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood berkata, polis menunggu hasil laporan lengkap perubatan bagi mengesahkan perkara itu termasuk kemungkinan mangsa turut dirogol atau diliwat.

Difahamkan, hasil siasatan setakat ini mendapati mangsa mati berpunca daripada kecederaan dalaman akibat digoncang dengan kuat suspek menyebabkan mangsa mati.

"Selain cedera di bahagian kemaluan mangsa, kita mendapati ada kesan cedera lama dan baru di kepalanya," katanya di sini, semalam.

Mohd Sakaruddin berkata, polis menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada timbalan pendakwa raya dan wanita rakyat tempatan bersama teman lelakinya warga Sudan itu kemungkinan berdepan tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, minta polis menyegerakan siasatan kes penderaan Aaliyah Aiman, manakala mahkamah digesa mengenakan hukuman maksimum kepada suspek jika bersalah.

Bercakap pada sidang media, di sini, semalam, beliau berkata, tindakan ini bagi membendung perbuatan kejam terus dilakukan kepada kanak-kanak. - Bharian

No comments:

Post a Comment