14 October 2009

SPRM tangkap empat pegawai perhutanan

PUTRAJAYA 14 Okt. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menangkap empat pegawai perhutanan kerana disyaki melakukan rasuah dalam sektor pembalakan haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, kementerian itu telah mendapati terdapat peningkatan dalam kes pembalakan haram sejak 2006 hingga 2008 dan telah bekerjasama dengan SPRM bagi meningkatkan keupayaan pencegahan rasuah. - Bernama

No comments:

Post a Comment